5 Cara Mudah untuk Mengekalkan Kesihatan Anak Anda

5 Cara Mudah untuk Mengekalkan Kesihatan Anak Anda
SIARAN OLEH KLC Pre-school July 23, 2018 Tips

Kanak-kanak kecil lebih berisiko untuk demam atau terkena penyakit berjangkit kerana sistem imunisasi mereka masih belum matang sepenuhnya.

Antara tanda-tanda anak tidak sihat: hidung berair, batuk yang kuat dan suhu badan padan. Untuk memastikan kesihatan anak anda sentiasa dalam keadaan baik bukanlah satu perkara yang mudah terutamanya kanak-kanak yang pergi ke prasekolah setiap hari.

Kanak-kanak kecil lebih berisiko untuk demam atau terkena penyakit berjangkit kerana sistem imunisasi mereka masih belum matang sepenuhnya. Lebih-lebih lagi apabila mereka bergaul dengan ramai kanak-kanak lain yang setiap hari. Maka, tersangatlah mudah untuk mereka terkena sakit seperti demam dan selsema hampir setiap minggu.  

Dalam keadaan ini, ibu bapa sebenarnya sukar untuk menghalang atau memastikan anak mereka terhindar daripada terkena penyakit tersebut. Namun, ada beberapa tip berguna yang mampu mengurangkan risiko anak anda terkena penyakit antaranya:

 

Pastikan tangan sentiasa bersih: Pastikan anak anda tahu cara yang betul untuk membasuh tangannya di sekolah. Ini adalah perkara yang paling penting anda boleh lakukan untuk mengelakkan daripada terkena kuman.

Elakkan mereka memasukkan objek ke dalam mulut: Telah menjadi tabiat atau kebiasaan kanak-kanak untuk memasukkan apa sahaja ke dalam mulut mereka tanpa mengetahui betapa kotornya objek tersebut. Walaupun fasa ini tidak akan berlarutan lama, namun ibu bapa haruslah pastikan perlakuan dan aktiviti anak anda.

Bagi anak anda makanan yang sihat: Diet yang seimbang dapat membantu sistem imunisasi mereka. Protein,  biji-bijian, buah-buahan, sayuran, dan produk tenusu adalah contoh makanan yang wajib mereka ambil setiap hari. Apabila anda menyediakan makan untuk mereka, pastikan anda bawakan sekali botol berisi air di dalam beg mereka. Ini kerana penghidratan yang cukup sangat penting. Hindari minum air minuman melalui mesin air di sekolah kerana dikhuatiri mempunyai bakteria dan kuman yang boleh mengganggu kesihatan anak anda.

Dapatkan tidur yang cukup & baik untuk tumberasan: Tabiat tidur yang buruk boleh menggandakan risiko mendapat demam atau selesema. Pastikan anak anda mendapat jumlah tidur cukup dan menetapkan waktu tidur mereka setiap hari.  Beri mereka masa untuk rehat atau tidur beberapa minit di luar waktu tidur mereka jika perlu

Ajar anak pakai topeng muka jika tidak sihat: Untuk mengelakkan penyebaran kuman kepada kanak-kanak lain, ajar anak anda tentang kepentingan memakai topeng muka mahupun menutup mulut mereka dengan tangan semasa bersin atau batuk. Setiap perlakuan anda sebagai ibu bapa turut akan diikuti oleh anak-anak. Jadi tunjukkanlah contoh yang baik kepada mereka.

Seperkara lagi yang anda perlu ingat, kuman boleh pulang ke rumah bersama anak anda. Pastikan keluarga anda mengamalkan gaya hidup yang sihat. Apabila anda tiba di rumah, buka kasut, kot dan tinggalkan barangan lain di pintu untuk mengelakkan kuman merebak ke seluruh rumah anda. Terus ke sinki dan cuci tangan anda dengan bersih. Oleh itu, keluarga anda akan terhindar dari terkena penyakit dan dapat menjalankan aktiviti harian dengan sempurna.

 

ARTIKEL YANG DISYORKAN

ARTIKEL TERKINI

Prasekolah KLC
Prasekolah KLC

November 20, 2019

--
--

November 18, 2019

-
-

November 15, 2019

BERITA TERKINI

KLC Newsletter Jan 2020
KLC Newsletter Jan 2020

February 17, 2020

SHARE

Your Browser Does Not Support !

Please Upgrade