4 Rahsia Didik Anak Supaya Berkelakuan Positif!
Sebagai ibu bapa, mesti anda mahu anak anda sentiasa berkelakuan positif tidak kira di mana mereka berada. Ia bukan sahaja membantu perkembangan anak tetapi juga memberi aura yang positif apabila berjumpa dengan kanak-kanak lain.
Pernah tak anda terfikir, selain daripada memastikan anak anda cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum, sahsiah dan disiplin mereka juga amatlah penting.
Saya pasti ramai ibu bapa menyedari tentang kepentingan perkara ini, namun ada kalanya mereka terlepas pandang dan mungkin ada yang terlalu sibuk. Sebenarnya tingkah laku positif kanak-kanak seharusnya di pupuk dari rumah lagi sebelum menghantar mereka ke tadika.
Apa yang anda boleh lakukan?
1) Pembentukan Disiplin Anak Di Rumah
Anda boleh ajar anak untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di rumah. Bukan niat untuk menyusahkan mereka yang masih kecil, tetapi ini adalah proses pembentukan sahsiah yang baik dalam diri mereka. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya".
Sebagai contoh, buatlah jadual harian yang perlu dipatuhi oleh anak anda seperti waktu bangun tidur, waktu bermain , menonton televisyen, mandi dan makan. Tapi..... anda pun kena tunjukkan teladan yang baik kepada mereka.
Kalau boleh, ikut sekali jadual yang anda telah buat untuk mereka. Atau mungkin boleh beri ganjaran kepada anak yang selalu berkelakuan baik di rumah dan selalu menolong anda mengemas rumah.
2) Latih Anak Anda Supaya Sentiasa Beri Tumpuan
Pastikan anak anda memberi tumpuan ketika anda memberitahu sesuatu perkara atau sesuatu arahan. Anda juga perlu pastikan arahan tersebut adalah JELAS, RINGKAS dan MUDAH DIFAHAMI.
Contohnya:
Arahan yang jelas : " Nanti lepas selesai bermain alat permainan itu masukkan ke dalam kotak dan simpan di dalam bilik"
Arahan yang tidak jelas : "Semua barang permainan ni perlu dikemas sekarang juga"
Anda dapat lihat kan perbezaan antara kedua-dua ayat di atas. Ayat pertama lebih JELAS, RINGKAS dan MUDAH DIFAHAMI oleh anak anda. Oleh itu, anak anda akan bertindak mengikut apa yang telah anda beritahu. Ulang setiap hari supaya mereka akan sentiasa ingat bahawa pentingnya untuk mengemas semula barang mainan yang bersepah.
3) Ajar Anak Menggunakan Sesuatu Yang Boleh Dilihat dan Rasa
Di awal usia kanak-kanak, mereka sukar untuk membayangkan sesuatu perasaan atau sesuatu situasi. Jadi andalah yang memainkan peranan ini.
Contohnya apabila ditanya berapa nilai nombor 5? mereka tidak dapat mengaitkan persamaan antara nilai 5 dengan benda lain. Jadi ajar mereka kira nilai lima bersama-sama objek.
4) Hantar Anak Ke Tadika KLC
Tadika KLC terbuka untuk kanak-kanak seawal usia 18 bulan sehingga 6 tahun. Bagi anda yang mungkin sedang tercari-cari pusat pendidikan pertama untuk anak anda, Tadika KLC adalah pilihan yang paling tepat.
Kami bukan sahaja memfokuskan kepada perkembangan akademik, tetapi juga perkembangan fizikal, emosi dan sosial kanak-kanak. Aktiviti dalam mahupun luar kelas dijalankan dengan cara yang cukup menarik dan menyeronokkan. Jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang untuk daftar anak anda bagi sesi 2019! Terus ke cawangan kami di Taman Molek & Taman Delima untuk keterangan lanjut.