Apakah jumlah masa yang ideal untuk kanak-kanak bermain di luar rumah?
Kalau anda hendak tahu, kanak-kanak sepatutnya meluangkan sekurang-kurangnya 3 jam sehari bermain di luar rumah! Masa ini tidak termasuk aktiviti sukan yang ditetapkan oleh pihak sekolah atau aktiviti kokurikulum tambahan yang didaftarkan oleh ibu bapa.
Masalah yang mungkin akan berlaku apabila kanak-kanak kurang diberi pendedahan bermain di luar.
Ramai antara kita yang tidak sedar bahawa kekangan pergerakan yang diberikan kepada anak-anak, walaupun atas apa sebab sekali pun, boleh membawa banyak keburukan kepada perkembangan minda dan fizikal si kecil.
Menurut Angela, anak kecil yang tidak terdedah kepada aktiviti outdoor akan menjadi lebih lemah dari segi emosi dan fizikal.
Antara kesan yang berlaku kepada kanak-kanak apabila tidak diberi peluang untuk bermain di luar rumah adalah:
- Tidak dapat membina otot
- Kurang membakar kalori
- Kurang kemahiran mengawal emosi
- Kurang membina kreativiti
- Kurang kemahiran penggunaan minda dan sekaligus, melemahkan kemahiran akademik (kesan jangka panjang)
Zaman sekarang ini, waktu kanak-kanak meluangkan masa bermain di luar rumah agak terbatas. Ia bukan sahaja disebabkan oleh kesibukan jadual sekolah dan aktiviti kokurikulum yang lain, malah disebabkan oleh faktor keselamatan. Namun dengan pengawasan dan pemerhatian ibu bapa ketika anak bermain keselamatan mereka lebih terjamin.
Bahagikan masa cuti anda bersama anak-anak. Ajak mereka ke taman permainan, padang bola mahupun berbasikal di kawasan rekreasi atau anda juga boleh minta cadangan aktiviti daripada anak anda sendiri.
Aktiviti fizikal seperti ini bukan sahaja baik untuk kanak-kanak, malah mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Siapa kata nak laungkan masa dengan anak-anak kena perlukan wang yang banyak? Tidak. Yang penting adalah masa dan perhatian anda sebagai ibu bapa.
Apakah umur yang sesuai untuk anak-anak mula diberi keizinan bermain di luar?
Selalunya kita akan menunggu sehingga anak kita besar sedikit sebelum dibenarkan bermain di luar rumah seperti di padang atau di depan rumah bersama anak-anak jiran.
Sebenarnya, aktiviti outdoor seperti ini patut dimulakan sejak awal lagi. Usia 10 hingga 12 tahun adalah telah terlalu lewat. Anak kecil di usia setahun dua juga sepatutnya diberikan masa di luar untuk menyentuh pelbagai objek dan merasai pelbagai jenis rasa sentuhan.
Ia adalah penting untuk tumbesaran fizikal mereka. Sudah tentu, pada usia sekecil ini, ibu atau bapa patut ada di sisi untuk menjaganya, tetapi jika anak anda sudah mencapai usia 8 tahun ke atas, dia sepatutnya diizinkan untuk bermain dengan anak jiran serta rakannya yang lain secara bebas.