10 Aktiviti Untuk Merangsang & Memupuk Kreativiti Anak Anda

10 Aktiviti Untuk Merangsang & Memupuk Kreativiti Anak Anda
SIARAN OLEH Shiqah January 09, 2019 Pembacaan , Penulisan , Pendengaran , Pertuturan , Tips

Tahukah anda, jika anak anda sudah mula menunjukkan kreativiti mereka dalam sesuatu tugasan atau perkara, ia menunjukkan bahawa sel-sel otak mereka sedang berhubung dengan baik.  Keadaan ini penting untuk lihat adakah aktiviti atau pendekatan yang anda lakukan berkesan ataupun tidak.

Ada sesetengah ibu bapa hanya bergantung kepada guru di sekolah untuk memupuk kreativiti anak. Anda juga harus memainkan peranan untuk mempercepat dan mengembangkan lagi minda mereka.

Nak tahu apakah jenis aktiviti yang boleh anda lakukan bersama-sama anak anda di rumah?

Teruskan membaca artikel ini.

1) Merangsang kreativiti anak dengan bercerita

Ini antara salah satu aktiviti yang boleh merangsang kebolehan anak anda bercerita dan berfikir. Ini kerana melalui penceritaan, anak anda akan cuba untuk mengingati perkara yang telah berlaku dan menceritakannya kepada anda. 

2) Mengembangkan kreativiti anak dengan melukis

Lukisan bukan sahaja boleh diterjemahkan melalui kertas dan pen warna. Tetapi anda juga boleh mengajak anak anda melukis pada pasu bunga, kotak dan pelbagai lagi medium yang ada. Melalui aktiviti ini, anak anda dapat berimaginasi sesuatu persekitaran mahupun keadaan. Bukan itu sahaja, ia juga dapat mencungkil bakat kesenian yang ada dalam diri anak anda.

3) Mempamerkan hasil kerja anak

Kita boleh mewujudkan suasana yang menarik dengan mempamerkan karya-karya anak di rumah.

Masukkan karya-karya mereka ke dalam bingkai-bingkai yang menarik. Kita juga boleh mempamerkan karya-karya ini semasa berlangsungnya majlis dirumah seperti kenduri ataupun jamuan.

Ini akan membuatkan anak-anak berasa dihargai dan menambah keyakinan serta semangat mereka untuk terus berkarya.

4) Melakukan Aktiviti Berlakon

Aktiviti ini boleh merangsang minda anak anda supaya menterjemahkan sesuatu watak. Contohnya watak-watak dalam buku cerita yang dibaca oleh anak anda. Di sinilah anda akan dapat lihat kebolehan atau bakat terpendam anak anda. 

5) Bersenam dan menari

Selain dapat menyihatkan tubuh badan, aktiviti ini juga boleh melatih anak anda supaya belajar mengawal badan dan otak bagi menghasilkan pergerakan yang sesuai dengan muzik. Selain itu, aktiviti ini juga boleh memberi pengalaman yang menyeronokkan untuk anak anda! Menari bersama mereka!

6) Bermain Muzik

Anda boleh beri pendedahan kepada anak untuk bermain muzik yang tidak menggunakan alat muzik sebenar. Boleh juga gunakan peralatan yang ada dirumah seperti baldi, gayung, tin, botol dan sebagainya. Mana tahu boleh menyerlahkan bakat anak anda bermain muzik.

7) Mencipta permainan sendiri

Latih anak-anak bagi menghasilkan permainan sendiri yang menggunakan benda-benda yang ada disekeliling kita.

Contohnya, membuat kereta mainan dengan menggunakan kulit limau bali, senapang dengan menggunakan pelepah pisang, roket menggunakan botol lama ataupun rumah menggunakan kotak.

8) Beri anak bermain tanah liat

Ajar anak anda main tanah liat. Ini kerana tanah liat boleh membuat pelbagai bentuk mengikut kreativiti anak anda. Boleh suruh mereka buat bentuk haiwan ataupun objek menggunakan tanah liat. Dari situ kita boleh lihat tahap imaginasi anak anda.

9) Aktiviti mencampur cat atau warna

Sediakan cat pelbagai warna. Sekurang-kurangnya 4 warna.

Kemudian minta anak mencampurkannya dan tanyakan kepadanya warna yang dihasilkan. Selain mengandungi unsur seni, aktiviti ini juga dapat merangsang kecerdasan visual anak anda.

Untuk anak yang berusia kurang daripada tiga tahun,harus berada bersama mereka semasa bermain cat supaya perkara-perkara yang tidak diingini tidak berlaku.

10) Permainan "Puzzle"

Anda boleh hasilkan sendiri puzzle mengikut kreativiti anda. Cari gambar di Google dan cetak, ataupun dari majalah mahupun surat khabar lama. Gunting gambar tersebut dan tampal pada kertas yang tebal. Gunting kepada beberapa bahagian dan minta anak anda selesaikannya.

Tetapi pastikan ia sesuai dengan umur anak anda. Risau pula kalau terlalu susah nanti anak anda tidak dapat lakukannya. Aktiviti ini

ARTIKEL YANG DISYORKAN

ARTIKEL TERKINI

Prasekolah KLC
Prasekolah KLC

November 20, 2019

--
--

November 18, 2019

-
-

November 15, 2019

BERITA TERKINI

KLC Newsletter Jan 2020
KLC Newsletter Jan 2020

February 17, 2020

SHARE

Your Browser Does Not Support !

Please Upgrade