Program Si Cilik Prihatin Meriahkan Rumah Warga Emas Comfort Ville Care Centre

Program Si Cilik Prihatin Meriahkan Rumah Warga Emas Comfort Ville Care Centre
SIARAN OLEH Shiqah February 01, 2019 Berita

Benarlah orang selalu kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itulah yang dilakukan oleh kanak-kanak comel dari Prasekolah KLC apabila mereka berkunjung ke rumah warga emas, Comfort Ville Care Centre di Johor Jaya baru-baru ini.

Program ini diadakan bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

Sudah pastinya penghuni di rumah ini juga sangat gembira dan teruja dengan kehadiran kanak-kanak kecil ini di sana.

Menurut Pengetua Prasekolah KLC, Noraini Nordin, program yang dinamakan Si Cilik Prihatin ini telah menjadi aktiviti wajib bagi kanak-kanak ini bukan sahaja apabila tiba musim perayaan tetapi juga pada hari-hari biasa.

Jelas beliau, program ini bertujuan memupuk nilai-nilai murni serta sikap prihatin dalam diri kanak-kanak ini terhadap masyarakat sekeliling mereka.

“Kita tidak lakukan ini secara berkala, malah kita laksanakan program seperti ini hamper setiap bulan. Kita mahu kanak-kanak ini tahu keadaan dunia sebenar dan keadaan masyarakat di sekeliling mereka.

“Kami tidak menghadkan proses pembelajaran mereka hanya di dalam kelas sahaja tetapi turut menggalakkan mereka mengikut program-program di luar.

“Apa yang saya lihat kanak-kanak ini memang cepat mesra dengan warga di sini. Mereka tidak malu atau segan untuk berkomunikasi,” ujar Noraini.

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah persembahan nyanyian, tarian, membuat tanglung dan memberi “ang pao” kepada warga emas di rumah tersebut.

Tambah Noraini lagi, seramai 18 orang kanak-kanak dan 10 orang guru terlibat dalam menjayakan program tersebut. terdapat satu lagi program yang sama akan diadakan dalam masa terdekat ini untuk menyantuni masyarakat di sini.

Beliau turut menyatakan harapannya agar dengan pelaksanaan program seperti ini mampu membentuk seorang insan yang mempunyai rasa kasih sayang dan ambil berat dalam diri mereka.

ARTIKEL YANG DISYORKAN

ARTIKEL TERKINI

Prasekolah KLC
Prasekolah KLC

November 20, 2019

--
--

November 18, 2019

-
-

November 15, 2019

BERITA TERKINI

KLC Newsletter Jan 2020
KLC Newsletter Jan 2020

February 17, 2020

SHARE

Your Browser Does Not Support !

Please Upgrade