7 Perkara Penting Ibu Bapa Perlu Sedia Untuk Hari Pertama Persekolahan Anak
Hari pertama persekolahan adalah hari yang sangat bersejarah dalam kehidupan anak anda. Persediaan hari pertama persekolahan amat penting untuk memastikan mereka dapat memberi kerjasama dan gembira pada hari tersebut.
1. Bekalan makanan dan air
Sesetengah prasekolah menyediakan makanan untuk pelajar. Jadi anda hanya perlu sediakan air sahaja. Tapi kalau nak sediakan makanan dalam beg pun tidak ada masalah. Kanak-kanak amat memerlukan nutrisi kalsium. Disarankan bawa minuman bersusu (air kotak) dan makanan.
2. Terangkan kedudukan barang-barang
Jelaskan kepada anak anda tentang barang keperluannya yang ada di dalam beg. Sebelum anak ke sekolah, anda wajib bagitau si kecil di mana kedudukan barang-barang. Jangan sekadar masukkan sahaja.
3. Pakaian Ganti
Bila dah terlibat dengan aktiviti sekolah, bermain dan makan, takut pakaian jadi kotor pula.
Selain itu, risau juga jika anak tak sempat ke tandas. Terkencing atau berak di seluar. Jadi penting ada bawa pakaian lebih untuk anak.
4.Pastikan anak tahu bila masa di perlu ke tandas
Amatlah penting untuk ibu bapa ingatkan anak untuk bagitahu cikgu atau pembantu tadika jika si kecil rasa perlu ke tandas.
5. Pastikan anak mandi sebelum ke sekolah
Penting sebenarnya untuk mandikan anak supaya anak rasa lebih segar di sekolah. Aktiviti hariannya pun jadi lebih lancar. Apatah lagi jika anak kita ni jenis yang kuat berpeluh.
6. Pemandu atau Penjaga
Pastikan anda inform guru jika pemandu atau penjaga lain yang akan datang untuk mengambil anak supaya guru boleh pastikan anak anda pulang dengan orang yang betul.Apapun keselamatan anak diutamakan.
7. Bagi “feedback” kepada anak
Tanya aktiviti anak anda disekolah. Pertama sekali, anda kena tanya 'seronok tak sekolah?'. Jika dia menjawab 'ya'.. bermaksud anak kita berjaya menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan orang-orang sekelilingnya. Jika “tidak”, tanya anak anda mengapa dia berasa begitu. Sokongan emosi ibubapa amat diperlukan.