10 Tip Pilih Hantar Anak Ke Prasekolah Atau Pusat Jagaan Kanak-Kanak
Bagaimana anda tahu jika keputusan untuk menghantar anak ke prasekolah adalah keputusan yang betul atau adakah pusat jagaan harian merupakan pilihan yang tepat untuk anak anda?
Penggal persekolahan akan bermula dan pastinya ramai ibu bapa tertanya-tanya apa yang terbaik untuk anak-anak mereka. Bagaimanakah anda tahu jika keputusan untuk menghantar anak ke prasekolah adalah keputusan yang betul sedangkan anak anda belum pernah ke sekolah sebelum ini? Dan adakah pusat jagaan harian merupakan pilihan yang tepat untuk anak anda?
Walaupun anda mempunyai pendapat yang berbeza sama ada mahu menghantar anak ke sekolah untuk kehidupan sosial, yayasan pendidikan atau pusat penjagaan anak, "kriteria untuk memilih pusat prasekolah atau pusat jagaan kanak-kanak adalah sama." Keputusan yang tepat harus dibuat berdasarkan kepada apa yang diperhatikan oleh ibu bapa dari lawatan atau kunjungan ke pusat berkenaan.
Adakah persekitaran pusat tersebut dalam keadaan baik?
Perhatikan keadaan keseluruhan sekolah. Adakah pagar taman permainan dalam keadaan baik atau tidak? Anda mahu anak anda menaiki van atau bas?
Adakah persekitarannya bersih?
Mana-mana tempat yang ada kanak-kanak mungkin tidak terlalu kemas kerana kanak-kanak gemar bermain, namun jika terdapat sarang labah-labah di dalam tandas dan bau yang tidak menyenangkan di persekitaran pusat tersebut seharusnya dielakkan.
Adakah kawasan tersebut selamat?
Keselamatan merangkumi banyak aspek terutamanya peralatan permainan atau perabot yang rosak boleh membahayakan kanak-kanak. Selain itu, keperluan CCTV atau sistem berkod untuk mengelakkan pencerobohan amat penting untuk keselamatan kanak-kanak. Kesejahteraan emosi mereka juga perlu diambil kira agar sesi pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Ibu bapa sering menanyakan soalan, “adakah anak saya selamat dan selesa jika dihantar ke sini?”
INTERAKSI DAN HUBUNGAN
Adakah kakitangan dan ruang sekeliling selesa & mesra kanak-kanak?
Adakah ahli kakitangan di pusat tersebut gembira apabila berjumpa dengan anda? Adakah ruang pejabatnya selesa dan profesional? Adakah karya atau seni kanak-kanak ditampal dan dipamerkan pada dinding?
Bagaimana kakitangan pusat tersebut berinteraksi dengan kanak-kanak?
Perhatikan cara guru berinteraksi dengan pelajar. Adakah mereka bercakap dengan memandang mata kanak-kanak atau tidak? Kakitangan dan guru yang berdisiplin dan menjaga tingkah laku adalah guru yang baik untuk anak anda.
Bagaimanakah kakitangan, termasuk guru berkomunikasi dengan ibu bapa?
Apakah jenis sistem komunikasi yang digunakan oleh guru untuk berinteraksi dengan ibu bapa? Contohnya untuk perkongsian jadual, silibus pembelajaran, laman web atau media sosial yang boleh dikunjungi, maklumat kurikulum dan aktiviti yang turut memerlukan penglibatan ibu bapa?
Adakah kanak-kanak berinteraksi antara satu sama lain?
Adakah anak anda bekerjasama dengan kanak-kanak lain untuk menyelesaikan sesuatu tugas? Adakah mereka sangat gembira dan teruja?Kanak-kanak sebenarnya lebih cenderung untuk bergaul dengan rakan sebaya dan keadaan ini secara tidak langsung dapat mengembangkan kemahiran berkomunikasi serta interaksi mereka dengan orang lain.
Adakah mereka benar-benar seronok?
Adakah anak anda terlibat dalam pelbagai aktiviti luar yang menyeronokkan? Atau mereka hanya duduk di dalam kelas dari awal waktu sehingga habis kelas? Pengalaman di prasekolah membentuk persepsi kanak-kanak tentang bagaimana suasana dan keadaan sekolah yang sebenar. Jadi adalah penting bagi ibu bapa memilih prasekolah atau pusat jagaan harian yang terbaik untuk anak anda.
Adakah aktiviti bilik darjah direka bentuk untuk disepadukan dan diintegrasikan?
Kanak-kanak prasekolah bukan sekadar pelajar tengah, atau juga pelajar sekolah rendah, dalam bentuk yang lebih kecil. Aktiviti yang melibatkan pergerakan tubuh badan atau fizikal penting untuk perkembangan otak kanak-kanak. Apabila pembelajaran tematik digabungkan dengan penggunaan objek dalam kehidupan sebenar, pengalaman, dan pelbagai bentuk bahan pembelajaran, ia membantu kanak-kanak memahami dunia di sekelilingnya secara tidak langsung dapat membentuk minda yang cukup cerdas.
Penilaian?
Bagaimanakah sekolah membuktikan perkembangan dan kemajuan anak anda? Adakah prosedur penilaian pusat tersebut menguji tahap komunikasi kanak-kanak dengan ibu bapa? Atau adakah hanya mengambil kira soal akademik sahaja? Bagaimana pula dengan pertumbuhan sosial, emosi dan kemahiran fizikal anak anda?