10 Aktiviti Bantu Tingkatkan Kemahiran Motor Halus Anak Anda

10 Aktiviti Bantu Tingkatkan Kemahiran Motor Halus Anak Anda
SIARAN OLEH Shiqah December 07, 2018 Pembacaan , Penulisan , Pendengaran , Pertuturan , Tips

Kemahiran motor halus dipengaruhi oleh 3 elemen utama iaitu kekuatan jari untuk memegang sesuatu objek, koordinasi mengawal jari untuk bergerak dan sensori untuk mengesan jika anak mempunyai masalah sensori untuk memegang sesuatu objek atau pun tidak

10 Aktiviti Bantu Tingkatkan Kemahiran Motor Halus Anak Anda

 

Kemahiran motor halus dipengaruhi oleh 3 elemen utama iaitu:

  • kekuatan – daya kekuatan jari untuk memegang sesuatu objek
  • koordinasi – bagaimana kita mengawal jari untuk bergerak
  • sensori – jika anak mempunyai masalah sensori untuk memegang sesuatu objek atau pun tidak

 

1. BUAT RANTAI GUNA STRAW

Sediakan  benang yang telah dipotong mengikut saiz rantai yang diingini dan pintal sedikit salah satu bahagian hujung benang tersebut.

Potong straw minuman kecil-kecil dan masukkannya ke dalam benang untuk dijadikan rantai. Apabila sudah selesai, ikat bersama kedua-dua hujung rantai tersebut dan ianya siap untuk dipakai. Boleh juga dibuat gelang atau tali pinggang tau!

 

2. MAIN TANAH LIAT

Tanah liat adalah salah satu permainan sensori yang sangat digemari oleh kanak-kanak. Mereka akan menggunakan jari dan pergelangan tangan mereka untuk menekan, membentuk dan menggenggam tanah liat tersebut.

 

3. BUTANG BAJU

Disamping dapat meningkatkan kemahiran motor halus anak, aktiviti ini penting dalam kehidupan seharian mereka. Pernah tengok kesukaran anak kecil untuk belajar membutangkan baju? Ya, adalah normal bagi anak kecil mengalami kesukaran untuk membutangkan baju pada awalnya. Namun, apabila selalu dilatih, proses ini akan menjadi mudah.

 

4. BELAJAR BUKA DAN TUTUP BOTOL

Sediakan beberapa botol terpakai yang berlainan saiz. Ajarkan anak untuk membuka dan menutup botol- botol tersebut dengan menggunakan daya kekuatan jari mereka.

Anak akan belajar berapa banyak daya yang diperlukan untuk berjaya membuka setiap botol tersebut. Jika daya yang dikenakan tidak kuat, maka botol tersebut pasti sukar untuk dibuka oleh mereka.

 

5.  MASUKKAN MAINAN KE DALAM KOTAK TISU TERPAKAI

Seperti mana yang kita tahu, kotak tisu hanya mempunyai lubang yang kecil di bahagian atasnya. Pilih mainan anak pelbagai saiz yang muat untuk dimasukkan ke dalam kotak tisu terpakai.

Anak akan meneroka pergerakan pergelangan tangan dan jari tangan mereka ketika cuba memasukkan mainan tersebut ke dalam kotak tisu terpakai ini. Sebagai tambahan, minta anak keluarkan semula mainan yang telah dimasukkan sebentar tadi.

 

6.  MEMASUKKAN DAN MENGELUARKAN REBEN

Anda boleh saja guna pekakas yang sudah ada dirumah. Contohnya, tapis. Ajarkan anak untuk memasukkan dan mengeluarkan reben daripada lubang tapis tersebut. Aktiviti ini bukan sahaja merangsang kemahiran motor halus anak tetapi menguji kesabaran anak.

 

7.  TUANG AIR KE DALAM CAWAN

Anda hanya memerlukan dua cawan plastik dan air. Lebih mudah gunakan air paip. Tuang air ke dalam satu cawan dan ajar anak anda untuk menuang air tersebut ke cawan yang lain.

 

8. MELUKIS GUNA ‘SQUEEZING BOTTLE’

Buat kelainan dalam aktiviti melukis anak dengan menggunakan DIY cat dan ‘squeezing bottle’. Cuma perlu DIY cat mengikut warna kegemaran anak dengan menggunakan tepung jagung sebagai bahan utama dan isikan cat tersebut ke dalam ‘squeezing bottle’. Beri mereka kebebasan untuk melukis mengikut kreativiti mereka.

 

9. MENYUSUN OBJEK MENGIKUT BENTUK

Ambil sekeping kad dan lukis satu garisan ziq zaq dan satu garisan beralun. Ambil objek yang kecil seperti kacang, atau butang, dan minta anak anda susun objek tersebut mengikut garisan yang telah anda lukis.

 

10.  MENGKATEGORIKAN OBJEK KECIL

Ambil beberapa objek kecil seperti butang, kacang atau klip kertas dan minta anak anda asingkan mengikut bentuk atau warna objek tersebut.

 

ARTIKEL YANG DISYORKAN

ARTIKEL TERKINI

Prasekolah KLC
Prasekolah KLC

November 20, 2019

--
--

November 18, 2019

-
-

November 15, 2019

BERITA TERKINI

KLC Newsletter Jan 2020
KLC Newsletter Jan 2020

February 17, 2020

SHARE

Your Browser Does Not Support !

Please Upgrade