10 Tip Tangani Sindrom Hari Pertama Persekolahan

10 Tip Tangani Sindrom Hari Pertama Persekolahan
SIARAN OLEH Shiqah December 24, 2018 Pembacaan , Penulisan , Pendengaran , Pertuturan , Tips

Jika anda bimbang anak anda mungkin tidak bersedia ke pra-sekolah, ketahuilah bahawa terdapat beberapa cara membantu anak anda bersedia untuk hari pertama mereka.

1. Jangan jadikan hari pertama sebagai hari untuk bereksperimen – beberapa tahun sebelum sekolah, anak-anak harus dibiasakan dengan situasi perlu berpisah dengan ibu bapa.

2. Bawa anak anda ke hari terbuka pra-sekolah supaya anak anda dapat alami suasana pra-sekolah dengan kehadiran anda. Dengan cara ini, anak anda tidak terlalu terkejut apabila anda mula menghantarnya ke pra-sekolah.

3. Bantu anak anda berlatih memakai pakaiannya sendiri setiap pagi sehingga mereka dapat melakukannya sendiri. Ini termasuklah zip seluar, membutang baju, memakai sarung kaki dan menanggalkan jaket. Ajar anak anda membuka paket makanan dan puji mereka setelah berjaya melakukannya.

4. ‘Count-down Calendar’ – sedari awal sediakan minda mereka dengan ‘hari yang ditunggu-tunggu’.

5. Ajar anak cari kawan – kanak-kanak yang pemalu memerlukan bantuan untuk proses ini. Anda boleh survey jiran-jiran, rakan sekerja atau bakal sekolah untuk kenalpasti bakal rakan sesekolah anak anda dan bina link.

6.  Beli barang sekolah bersama – ini membantu mereka rasa ‘sense of ownership’ pada pengalaman baru mereka nanti. Pergi ke sekolah ialah kemuncak acaranya.

7. Persediaan malam sebelum persekolahan bermula – rancang malam yang menyeronokkan. Aktiviti bersama, mengemas barangan sekolah bersama dan apa jua aktiviti yang akan merangsang emosi positif kanak-kanak. Tidur awal.

8. Ambil cuti untuk hantar anak anda ke sekolah pada hari pertamanya. Berikan kata-kata semangat dan beritahu kepada mereka anda akan datang semula apabila selesai hari persekolahan.

9. Rutin pulang dari sekolah – pastikan ambil anak tepat pada waktu dan raikan hari mereka.

10. Puji dan beri ganjaran pada tempat dan keadaan yang sesuai. Apabila anak anda melalui minggu pertama dengan baik, mereka sewajarnya diberi pujian atas keberanian mereka.

 

ARTIKEL YANG DISYORKAN

ARTIKEL TERKINI

Prasekolah KLC
Prasekolah KLC

November 20, 2019

--
--

November 18, 2019

-
-

November 15, 2019

BERITA TERKINI

KLC Newsletter Jan 2020
KLC Newsletter Jan 2020

February 17, 2020

SHARE

Your Browser Does Not Support !

Please Upgrade