Cara Mewujudkan Persekitaran Pembelajaran Yang Positif Untuk Kanak-Kanak

Cara Mewujudkan Persekitaran Pembelajaran Yang Positif Untuk Kanak-Kanak
SIARAN OLEH KLC Preschool July 23, 2018 Tips

Tidak kira suasana di sekolah mahupun rumah, persekitaran pembelajaran yang positif sangat penting untuk tumbesaran minda kanak-kanak

Cara Mewujudkan Persekitaran Pembelajaran Yang Positif Untuk Kanak-Kanak

Tidak kira suasana di sekolah mahupun rumah, persekitaran pembelajaran yang positif sangat penting untuk kanak-kanak

 

Persekitaran pembelajaran yang positif sangat penting bagi kanak-kanak tidak kira sama ada di rumah mahupun sekolah.  Persekitaran yang positif bukan sahaja tertumpu kepada keadaan fizikalnya, tetapi juga bagaimana kanak-kanak menyesuaikan diri mereka dalam satu-satu keadaan.  Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa atau guru untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk proses pembelajaran.

 

Langkah 1

Buat peraturan dan pastikan tiada gangguan. Kanak-kanak perlu tahu bahawa terdapat peraturan tertentu yang perlu dipatuhi ketika sesi pembelajaran supaya mereka dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya ketika belajar. Ruang atau bilik yang digunakan haruslah selesa dan terhindar daripada apa sahaja gangguan yang boleh mengganggu fokus mereka. Bilik yang tidak teratur dan tidak selesa boleh mengganggu serta menghalang proses pembelajaran dilaksanakan dengan sempurna. Susunan perabot juga perlu disusun atur dengan baik. 

 

Langkah 2

Pastikan keselesaan ruang belajar. Ini termasuklah suhu bilik yang sesuai dan selesa untuk kanak-kanak.  Pastikan bilik yang digunakan tidak terlalu panas atau sejuk. Selain itu, lampu yang digunakan juga haruslah berfungsi dengan baik dan hiaskan bilik belajar anak anda dengan dekorasi dan peralatan yang dapat menarik minat mereka.

 

Langkah 3

Pastikan keselamatan dan kesihatan kanak-kanak. Kesihatan dan keselamatan adalah perkara asas terpenting untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baik untuk kanak-kanak. Contohnya bilik pemeriksaan kanak-kanak, membersihkan kawasan persekitaran dengan baik serta memastikan tidak berlakunya pencemaran alam sekitar. Kanak-kanak yang merasakan persekitaran mereka tidak selamat mengganggu dan menyukarkan proses pembelajaran. Mereka harus sentiasa berasa selamat dan diberi perhatian sepenuhnya.

 

Langkah 4

Kanak-kanak turut terlibat untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baik. Ini termasuklah mempamerkan karya mahupun lukisan mereka di dinding kelas. Keadaan ini mampu membuatkan persekitaran pembelajaran mereka lebih selesa dan menarik.


Langkah 5

Memberi sokongan, pujian dan tindak balas positif kepada kanak-kanak. Adalah penting bagi ibu bapa dan guru untuk memberi semangat dan maklum balas positif kepada anak-anak mereka. Dengan ini, kanak-kanak berasa lebih bersemangat untuk belajar, meneroka perkara-perkara baru selain belajar daripada kesilapan.

 

Langkah 6

Tetapkan peraturan dan berdisiplin. Menetapkan sesuatu peraturan ketika sesi pembelajaran mahupun aktiviti permainan adalah penting. Ini kerana kelakuan yang tidak berdisiplin atau tidak mendengar arahan turut memberi kesan kepada keseluruhan kelas.

ARTIKEL YANG DISYORKAN

ARTIKEL TERKINI

Prasekolah KLC
Prasekolah KLC

November 20, 2019

--
--

November 18, 2019

-
-

November 15, 2019

BERITA TERKINI

KLC Newsletter Jan 2020
KLC Newsletter Jan 2020

February 17, 2020

SHARE

Your Browser Does Not Support !

Please Upgrade