Kesan Bermain Gadjet Berlebihan Kepada Kanak-Kanak

Kesan Bermain Gadjet Berlebihan Kepada Kanak-Kanak
SIARAN OLEH shiqah January 18, 2019 Pembacaan , Penulisan , Pendengaran , Pertuturan , Berita

Penggunaan gajet elektronik yang terlalu lama antara faktor kanak-kanak di negara ini mengalami masalah penglihatan (rabun).

Menurut pakar mata dari sebuah hospital swasta, Dr. Hoh Hon Bing dalam kenyataannya di Akhbar Kosmo, melihat gajet terlalu dekat secara berturut-turut dalam tempoh masa yang lama akan menyebabkan masalah rabun. 

“Isu rabun dalam kalangan kanak-kanak merupakan perkara serius kerana setakat ini tidak ada rawatan untuk masalah tersebut dan mereka perlu memakai kaca mata seumur hidup.

“Oleh itu, ibu bapa perlu peka dan prihatin dalam hal ini dengan mengawal anak-anak pada peringkat awal agar tidak ketagih dengan gajet,” katanya. 

Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan ibu bapa agar luangkan sedikit masa bersama anak-anak dan bawa mereka bersiar-siar serta melakukan aktiviti luar rumah seperti bersukan, lawatan dan sebagainya.

“Jika kita bandingkan kanak-kanak pada masa dahulu, tidak ramai yang memakai kaca mata kerana mereka tidak terdedah kepada gajet pada jarak dekat kerana banyak bermain di luar rumah.

“Melihat pemandangan dari jarak jauh juga dapat mencegah masalah rabun dekat kerana otot siliaris berada dalam keadaan tenang,” jelasnya.

Beliau turut menyarankan agar ibu bapa dapat mengehadkan penggunaan gajet hanya dalam tempoh sejam sahaja untuk mengelakkan masalah rabun dekat.

Di samping itu, Hon Bing turut memberitahu agar mengelakkan penggunaan gajet setengah jam sebelum tidur.

Cahaya biru pada skrin gajet akan mengganggu kualiti tidur dan menyebabkan mata menjadi letih.

“Perbuatan ini perlu dielakkan tidak kira kanak-kanak atau dewasa kerana ia akan menyebabkan otak terus bekerja walaupun sudah tidur.

“Justeru, anda akan berasa keletihan apabila bangun daripada tidur,” tuturnya

Antara alternatif lain untuk mengalih perhatian kanak-kanak daripada gajet ialah menyediakan permainan yang merangsang daya sentuhan dan otak mereka.

“Belikan basikal untuk dikayuh atau bawa ke taman permainan pada hujung minggu agar daya fokus serta koordinasi mata dan tangan digunakan.

“Paling penting, ibu bapa sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik. Kurangkan penggunaan gajet ketika bersama keluarga agar fokus terhadap anak dapat diberikan sepenuhnya,” ujarnya

ARTIKEL YANG DISYORKAN

ARTIKEL TERKINI

Prasekolah KLC
Prasekolah KLC

November 20, 2019

--
--

November 18, 2019

-
-

November 15, 2019

BERITA TERKINI

KLC Newsletter Jan 2020
KLC Newsletter Jan 2020

February 17, 2020

SHARE

Your Browser Does Not Support !

Please Upgrade