9 Jenis Makanan Yang Baik Untuk Minda Kanak-Kanak

9 Jenis Makanan Yang Baik Untuk Minda Kanak-Kanak
SIARAN OLEH Shiqah January 15, 2019 Pembacaan , Penulisan , Pendengaran , Pertuturan , Tips

Menurut kajian salah seorang pengkaji, Francisco J. Rosales, beliau bersetuju bahawa yang fasa kanak-kanak adalah masa paling penting dalam perkembangan kognitif seorang insan. Ia berkaitan dengan kemahirannya berfikir, mengingat, mengawal, dan memberi fokus. Semua perkembangan ini bergantung kepada khasiat makanan yang diperlukan dan mencukupi untuk anak anda.

Sepertimana yang semua ibu bapa tahu, khasiat dan nutrient dalam makanan kanak-kanak sangat penting untuk memastikan perkembangan otak dan IQ mereka.

Semasa kecil, tubuh kanak-kanak akan membesar dengan sangat cepat malah otaknya juga membesar sehingga 3 kali ganda apabila kanak-kanak berusia 3 tahun.

Jom baca sama-sama antara 9 jenis makanan yang baik untuk anak anda: 

1) Sayur Hijau

Zat besi adalah elemen penting untuk otak dan sistem saraf anak anda, ia adalah komponen sel darah merah, yang mempunyai hemoglobin yang mengangkut oksigen ke otak dan seluruh badan.

Kandungan zat besi dalam sayuran hijau bagus untuk proses belajar, mengingat dan fokus anak anda terhadap sesuatu perkara. Sayuran hijau juga kaya dengan vitamin dan folat.

 

2) Kekacang

Kekacang adalah salah satu makan sihat yang mampu membekalkan lemak penting untuk otak anak kecil anda. Contohnya seperti walnut dan almond, ia membantu untuk menguatkan ingatan, fungsi kognitif dan perkembangan otak mereka. 

 

3) Bijirin Penuh

Bijirin penuh, atau whole grains, adalah makanan minda kanak-kanak yang baik untuk si manja anda. Kandungan vitamin di dalamnya membantu pengedaran darah dan menguatkan memori. Selain itu, ia turut bantu meningkatkan fokys & ingatan anak anda. 

 

4) Susu

Selain kalsium, susu juga menyediakan mineral dan vitamin yang penting untuk kesihatan minda anak anda.

Susu segar seperti susu UHT atau susu formula membekalkan DHA, choline, folat, dan zat besi untuk membantu meningkatkan kemahiran berfikir si kecil. 

 

5) Yogurt Greek

Yogur greek adalah alternatif terbaik untuk menggantikan aiskrim! Ia kaya dengan probiotik yang baik untuk kesihatan usus anak anda. Bukan itu sahaja, vitamin dan mineral yang ada di dalamnya juga baik untuk kesihatan otak. 

 

6) Telur

Telur mempunyai sumber Choline, asid lemak omega tiga, zink dan lutein yang sangat membantu dalam meningkatkan fokus anak, perkembangan otak dan juga kekuatan memorinya.

 

7) Avokado 

Selain menjadi makanan minda kanak-kanak, avokado juga dikenali sebagai makanan superfood. Ianya tinggi kandungan lemak yang baik seperti omega tiga, Vitamin C, E, K dan B-6, termasuklah folat dan lutein.

 

8) Buah Beri

Buah beri mengandungi antioksidan yang tinggi. Antioksidan memberi manfaat untuk otak dan sistem saraf anak anda dengan melindunginya dari radikal bebas yang merosakkan.

 

9) Salmon

Salmon tinggi dengan kandungan omega tiga dan lemak DHA yang penting untuk pekembangan otak, saraf dan mata.

DHA juga dianggap sebagai makanan minda dan merupakan komponen utama dalam tisu otak!

 

 

 

 

 

 

 

 

ARTIKEL YANG DISYORKAN

ARTIKEL TERKINI

Prasekolah KLC
Prasekolah KLC

November 20, 2019

--
--

November 18, 2019

-
-

November 15, 2019

BERITA TERKINI

KLC Newsletter Jan 2020
KLC Newsletter Jan 2020

February 17, 2020

SHARE

Your Browser Does Not Support !

Please Upgrade